Monday, August 21, 2017

Third week of August - Freaking out

21st August 2017

Its the third week of August. Last week i managed to complete my 17 years of run through journal database, the kind of database that I created myself. Its very much helping and very useful for my future. Kostas will return at the office this week and I have to submit something to him which I was supposed to submit that last week. Oh gosh!

Its okey. I work it out again this week.
Okey tadaa

Liana
Glasgow
United Kingdom

Saturday, December 10, 2016

Married to Faiz

Assalamualaikum and Heiya (Glasgow style).

Quite sometimes. But i come back to include one of the most important events in my life, my wedding. Alhamdulillah, i am married to my BFF, Faiz on 10th December 2016.


#faizliana

Syukur. Alhamdulillah. Everything went well for both side in Kelantan and Kedah. We have the chance to meet family and friends from all over the country, even one of my student in Vietnam managed to attend. We were so happy and still counting my blessing. Syukur. We were busy with many things. I have a very short time in Malaysia and husband need to comply with lots of work before we went for our honeymoon vacation. Alhamdulillah. 

I am a wife now. Everything is so different. But i hope everything will be fine. InshaAllah. Have faith. Allah with us. 


Wednesday, September 14, 2016

#KitchenLiana - New tableware and Egg Rack

By the carboot.

Kunjungan ke Carboot minggu lalu menyaksikan banyak barang-barang menarik dan peristiwa yang menarik juga. Yang paling mempuaskan hati adalah the Egg Rack;


1£ - Satu Pound je okay!

It still in a very good condition. Mungkin hadiah Krismas yang diaorang dah tak nak atau apa-apa je lah malas pulak nak fikir . Haha apa pun, ini antara item yang memang buat drooling eyes until now. Bukan drooling eyes sebab harga dia ke apa, sebab standard ah harga barang carboot 50 sen ke singgit tu, tapi sebab tak pernah jumpa egg rack dan tak tahu pun wujud egg rack yang bukan sahaja cantek, malah berkualiti tinggi sebab dia adalah besi yang berat. 

Next

Green. Pun masih dalam condition yang baik. Ini semua termasuk 4 biji mangkuk tiada dalam gambar juga keseluruhannya hanya 1£. Amazing sangat! Tapi cuma tinggal a set of 4. Walaupun bercadang nak set yang lebih banyak biasalah I kan suka tetamu ramai-ramai datang rumah, tapi takpe. Kalau ada tetamu yang jumlah nya ini, there you go. Keluarlah bangsa hijau ni nanti. 

Sebenarnya lebih suka tableware yang plain, to be exact, white in color, tapi yang warna hijau ni sangat menarik pulak. Nampak sangat vintage. 

Sekian laporan carboot minggu ini. Ada few item menarik juga tapi inshaAllah, kita cerita lain kali ya. Cuma lepas ni kalau pegi carboot kena set masa betul2. 

Okay, itu sahaja. 

Sekian. 

Liana, Glasgow. 

Tuesday, September 13, 2016

Eiduladha di Glasgow Darul Gloomy

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh.

12 September 2016

Eiduladha di Glasgow.

Ini bukan Eiduladha pertama jauh dari emak ayah. Sudah pernah beberapa kali. Cuma yang ini yang paling jaaaauhhh. Perasaan sedih tak balik beraya tu memang tak de la sangat. Sebab dah tua dah pun tak yah nak sedih sedih lagi. Acara wajib iaitu bergayutan telefon bersama emak ayah, berbalas ucapan selamat hari raya itu masih lagi menjadi rutin.

Tak masak apa-apa pun untuk raya. Sekadar memenuhi undangan open house rakan-rakan Malaysian yang baik hati dan pandai masak. Sempat buat photoshoot raya di hadapan George Square dan sempat jugak masuk ke ofis untuk melangsaikan serba sedikit tugasan.


Bersama adik-adik dan semestinya masih raaaaaamai lagi warga Malaysia di Glasgow ni. So takde la sedih sangat. Photo taken after Solat Sunat Eiduladha at The Sumsa. 


Syukur. 
Pernah mengimpikan begini suatu ketika dahulu, dan Allah Yang Maha Mengerti dan Maha Mengasihi telah menjadikan semua ini realiti. Subhanallah. Segala puji buatMu Ya Allah. 


Sekian. 
Catatan Eiduladha

Glasgow City Centre
Scotland. 




Friday, September 9, 2016

Seindah Barakah Arafah

Imbas kembali,
Hari Arafah setahun yang lepas,

Di rumah ayah bonda. Sedang gelisah dengan banyak perkara. Syukur diperingatkan tentang hari Arafah, tentang puasa dan mustajabnya doa. Dan pada malam itu, ingatan yang tersangat kuat tiba-tiba muncul terhadap sahabat baik yang sedang menunaikan haji pada waktu itu, lalu di hantar whatsapp segera bertanyakan masih bersisakah waktu mustajab doa. Gelisah hati mendambakan bantuan doa dari orang sekeliling terlalu mengasak... hanya Allah sahaja yang tahu.

Me: You, dah maghrib kat sana? Sempat lagi tak I nak kirim doa?
You: Sempat, masih Asar lagi.

Lalu dikarangkan doa nan panjang, penuh pengharapan untuk dibacakan oleh sahabat baik yang sedang menunggu terbenamnya matahari Arafah pada hari tersebut.

I mungkin lupa setepatnya isi kandungan doa tersebut, tapi Allah Yang Maha Kaya itu telah menjawabnya dengan tepat sekali. Bukan hanya doa, tetapi sang pembaca doa itu juga lah merupakan jawapan kepada doa yang dimohon tadi. Subhanallah.


“Mintalah kepada TuhanMu. Sesungguhnya Dia Maha Memakbulkan doa”

Dan sesungguhnya tiada nikmatMu yang mahu aku dustakan. 

Semoga anugerah dan nikmat ini kita jaga sebaik-baiknya. IshaAllah.